MANAMA, 17 Dis – PERHIMPUNAN…… Langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin PAS di Putrajaya, Jumaat ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, UMNO dan PAS perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media ¬†yang membuat liputan lawatan rasmi belia, awal pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini.

Keputusan Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia. – WD MY