SUBANG, 2 Nov – Malaysia menolak sebarang aktiviti yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian di rantau ASEAN khususnya di perairan Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kehadiran kapal perang China dan Amerika Syarikat di perairan terbabit baru-baru ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan dalam negara rantau ini.

“Malaysia (akan) minta penjelasan daripada kedua-dua negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang turut disertai delegasi dari China dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan persiapan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Saujana Resort di sini, petang ini.-Sofea Nawar (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY