KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah
ekonomi terbuka dan bersedia untuk muncul sebagai ekonomi maju dalam tempoh lima
tahun akan datang, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed.

“Malaysia telah berusaha keras ke arah ini (ekonomi terbuka) dan akan terus
berbuat demikian,” katanya pada Forum Pelaburan Asia Timur pertama semasa
Persidangan Meja Bulat Menteri-Menteri bersama Setiausaha Perdagangan Filipina
Gregory Domingo.

Sektor perkhidmatan adalah penggerak utama pertumbuhan, yang dijangka berkembang
sebanyak 6.9 peratus setahun, meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
daripada 53.8 peratus pada 2015 kepada 56.5 peratus pada 2020.

“Sektor perkhidmatan adalah penting. Setakat ini, usaha yang dilakukan
berjaya meningkatkan sentimen pelabur,” katanya dan menambah, untuk membolehkan
pelabur terus melabur di sesebuah negara, mereka memerlukan hala tuju yang jelas
dan pelan tindakan yang berkesan.

“Pelabur mahu melihat perubahan persekitaran liberal dalam dasar. Mereka
ingin tahu ke mana hala tuju kita dan ke mana hala tuju ASEAN,” katanya.
-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY