LONDON, 8 Nov – Tingkat Usaha……. Pihak Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) dan pertukaran maklumat perisikan kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, berkata bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
“Kita telah mencapai Tahap Dua tahun selama dua tahun berturut-turut,
menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu,” katanya pada sidang media
hari ini.
Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau
akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha
Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.
Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan
Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.
Timbalan perdana menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah
untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak
ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.
“Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes
pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.
“Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia
global,”¬† katanya.
Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan
Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat
kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.
Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk
menangani perkara ini.
uk-zahid
Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam
Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan
sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.
Beliau berkata, pada masa ini, lebih 30 orang telah didakwa di mahkamah  dan
lebih 50 orang lagi dijangka dihadapkan ke muka pengadilan tahun depan termasuk
10 orang yang akan diektradisi dari Thailand, kerana terlibat dalam kes pengebumian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis, pertengahan tahun lepas.
Ahmad Zahid berkata United Kingdom dan Malaysia mempunyai kepentingan
bersama dalam isu pemerdangan manusia yang juga diistilahkan sebagai perhambaan
moden.
Ini jelas semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana
Menteri Britain, Theresa May semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.
Usaha lebih menyeluruh, katanya, harus dilakukan bagi menangani isu itu
terutamanya apabila beberapa usaha yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan
Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) bagi menangani masalah ini menemui jalan buntu.
Isu perhambaan moden ini, katanya, adalah penting bukan sahaja di Eropah
malah di rantau ASEAN terutamanya Malaysia yang menjadi antara tumpuan pekerja
asing untuk mencari mencari peluang kerja. – WD MY