KUALA LUMPUR, 1 Okt – Malaysia dan Vietnam hari ini menjadi dua n?egara ASEAN pertama yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam memerangi jenayah merentasi sempadan.

?Ia ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam ?Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Tran Dai Quang sempena Mesyuarat Menteri ASEAN Ke-2 + Jepun mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang berakhir di sini hari ini.

?Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata langkah itu akan meningkatkan h?ubungan keselamatan dan skop kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam ?memerangi antara lain penyeludupan dadah, senjata dan manusia.

?Ia juga akan melihat kerjasama yang lebih luas dalam mengawal dan memerangi k?eganasan dan pembiayaan keganasan, jenayah komersial dan ekonomi, penggubahan wang haram dan jenayah siber, menurut kenyataan yang dikeluarkan. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY