MAKKAH, 16 Okt -Harapan……Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia akan terus berusaha bagi memastikan pergolakan di Syria dapat diselesaikan segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia prihatin dengan keadaan semasa di Syria, terutama pengeboman di Aleppo.

“Malaysia akan tetap berusaha mencari titik pertemuan dan penyelesaian supaya rakyat Syria dapat menikmati kemakmuran semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sidang media hari terakhir lawatan lima hari ke Arab Saudi di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan sentiasa menyokong usaha mengembalikan keamanan di Syria, sekali gus mengakhiri pergolakan yang menyukarkan kehidupan rakyat negara itu. – WD MY