SINGAPURA, 1 Nov – Hubungan Seimbang……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat.

“Kami amat seimbang bukan setakat hubungan diplomatik. GTG (kerajaan-dengan-kerajaan), kerjasama kami sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Juga P2P (rakyat-dengan-rakyat) selain B2B (perniagaan-dengan-perniagaan),” kata beliau kepada media di akhir Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada sesi "Asia-Europe Counter-Terrorism Dialogue" di sebuah hotel terkemuka hari ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada sesi “Asia-Europe Counter-Terrorism Dialogue” di sebuah hotel terkemuka hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan malah beliau sendiri mengunjungi Washington dua kali setakat ini.

“Saya berpendapat untuk menyifatkan sesuatu hubungan sebagai dingin atau mesra itu amat subjektif bagi sesiapa pun. Kami ingin mengadakan hubungan yang seimbang dengan kedua-dua negara (China dan Amerika Syarikat),” katanya.

Ahmad Zahid menjawab soalan bahawa Malaysia ketika ini dilihat seperti mengadakan hubungan lebih ‘mesra’ dengan China berbanding Amerika Syarikat. – WD MY