BANGI, SEPTEMBER 28:KEHEBATAN…. Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Thailand dalam acara regu berpasukan di Sukan Asia Jakarta Palembang baru-baru ini selepas skuad sepak takraw kebangsaan dijadual bertemu tuan rumah di peringkat separuh akhir acara Quadrant Piala Raja Thailand di Bangkok, jam 9 pagi esok.

Skuad kebangsaan layak ke separuh akhir selepas dipaksa bekerja keras dan bermain dalam set penentuan peringkat suku akhir menentang Laos yang berkesudahan dengan keputusan berpihak kepada Malaysia 2-1.

Terdahulu, Malaysia yang turun selaku juara bertahan bermula garang apabila menunduk Laos 21-15 di set pertama, sebelum tewas 23-25 di set kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan

Barisan pemain Malaysia yang dibarisi Sahidan Mat Ali, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Azmi Abd Kadir, mempamerkan aksi cemerlang dan penuh bersemangat bagi membolehkan mereka mengalahkan Laos 21-10 di set penentuan.

Kejayaan layak ke separuh akhir menentang pasukan tuan rumah pagi esok mencerahkan peluang Malaysia untuk mempertahankan pingat emas acara quadrant Piala Raja Thailand yang dimenangi skuad kebangsaan, tahun lalu.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan diramal berdepan laluan sukar menentang Thailand yang bermain di hadapan penonton sendiri, selain dibarisi ramai pemain berpengalaman.-MY WD