MALAYSIA KE FINAL HOKI SUKAN ASIA 2018

MALAYSIA KE FINAL HOKI SUKAN ASIA 2018

668
0

JAKARTA, OGOS 31: Peluang skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas menundukkan India 7-6 menerusi penentuan penalti di separuh akhir Sukan Asia 2018, semalam.

Perlawanan di Padang Hoki Gelora Bung Karno, di sini terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi sebenar.

India berada di hadapan menerusi jaringan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-32 sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Varun Kumar meletakkan India kembali di hadapan pada minit ke-40 sebelum Muhammad Razie Rahim menyamakan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58.-MY WD