KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kecam….. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya
pembunuhan Duta Besar Rusia Andrey Karlov di Ankara, Turki, kata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini, Najib menyampaikan
ucapan takziahnya kepada keluarga Karlov dan rakyat Rusia.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Andrey Karlov di
Ankara. Takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Rusia,” kata Najib.

Karlov maut akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang
lelaki ketika menghadiri pameran seni di Ankara pada Isnin. Serangan itu juga
menyebabkan tiga orang cedera.

Awal hari ini, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu,
yang disiftkannya sebagai suatu perbuatan hina dan tidak bertamadun.
Wisma Putra juga menggesa agar mereka yang terlibat dengan tidakan pengecut
itu segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa, keluarga dan orang yang
mereka sayangi dalam menghadapi detik-detik memilukan ini,” kata kenyataan itu. – WD MY