PUTRAJAYA, 27 April – Tindakan Militan Itu Dikutuk….. Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya
pembunuhan seorang warga Kanada yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di
selatan Filipina pada September tahun lepas.

Kementerian Luar berkata Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah yang
mendalam kepada kerajaan dan rakyat Kanada dan kepada keluarga John Ridsdel yang
dipenggal kepalanya pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkata kerajaan Malaysia menggesa
kerajaan Filipina supaya mempertingkatkan usaha untuk membawa pelaku jenayah itu
ke muka pengadilan.

Kementerian berkata kerajaan Malaysia juga menggesa kerajaan Filipina
meneruskan usaha bagi membebaskan baki tebusan-tebusan yang ditahan oleh
kumpulan tersebut.

Ridsdel, 68, diculik dari sebuah marina dekat bandaraya Davao bersama
seoranmg lagi rakyat Kanada, Robert Hall, warga Norway Kjartan Sekkingstad dan
seorang wanita warga Filipina, Marites Flor yang juga teman wanita Hall. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY