PUTRAJAYA, 3 Okt – KUTUK……. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat kelmarin yang meragut 59 nyawa dan mencederakan lebih 515 orang.

Wisma Putra, memaklumkan kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat, terutamanya kepada keluarga mangsa yang terbabit.

Laporan awal mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu dan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan tragedi terbabit.

Rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat atau memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles. – WD MY