PUTRAJAYA, 7 Jun – Mengutuk….. Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian kejadian tembakan dan tebusan yang berlaku di Melbourne, Australia pada Isnin, 5 Jun 2017 yang telah mengorbankan seorang awam dan mencederakan tiga orang pegawai polis.

Polis Australia telah mengenalpasti pelaku sebagai Yacqub Khayre, berusia 29 tahun dari Roxburgh Park, Melbourne dan mempunyai rekod kes keganasan. Pelaku tersebut telah terbunuh di dalam insiden berkenaan. Insiden ini dianggap sebagai satu tindakan keganasan oleh pihak berkuasa Australia.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam insiden tersebut. – WD MY