KUALA LUMPUR, 23 Jan – PENARAFAN……. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penting bagi Malaysia untuk memastikan penarafan kredit negara kekal dalam kumpulan ‘A’ kerana ia berkait secara langsung dengan kos pinjaman.

“Jika gred penarafan diturunkan, kos pemberian pinjaman akan meningkat dan individu serta perniagaan akan terjejas disebabkan oleh kos pinjaman tiniggi,” kata Najib.

“Justeru itu, mustahak untuk mengurangkan defisit kita, mengekalkan hutang Kerajaan di bawah paras 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan memastikan penarafan kredit kita kekal dalam kumpulan ‘A’,” katanya pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2018, hari ini.

Pada Jun 2017, paras hutang kerajaan berada pada 50.9 peratus daripada KDNK.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya penarafan diturunkan, kos pemberian pinjaman bagi semua, termasuk perniagaan dan individu yang mahu mendapatkan pinjaman akan meningkat.

“Semua akan terjejas. GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) telah melindungi kita daripada itu,” katanya. – WD MY