KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pasti…..  Pihak Kerajaan cuba memastikan Malaysia terkeluar daripada senarai pemerhatian Laporan Tahunan Jabatan Negara mengenai pemerdagangan manusia Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, penarafan sedemikian adalah tidak adil terhadap Malaysia.

Katanya, ada dua negara yang menjadi sumber aktiviti pemerdagangan manusia namun penarafan hanya diberi kepada negara penerima.

“Negara yang menerima akibat pemerdagangan manusia dikenakan tindakan senarai pemerhatian dan tidak adil bagi Malaysia berada dalam senarai itu.

“Kita sudah berbincang dengan rakan lain untuk berada di tahap lebih baik,” katanya menjawab soalan Sharuddin Ismail (BN-Kangar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Jabatan Negara AS pada 2015 memperbaiki kedudukan Malaysia yang menduduki paras terendah dalam senarai negara hab penyeludupan manusia. – WD MY