TUMPAT, 10 Jan – Kuota Asal…… Malaysia mendapat kembali kuota asal haji seramai 27,800 jemaah berbanding 22,230 orang, bermula tahun ini.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan Arab Saudi sudah selesai membina kemudahan infrastruktur di kawasan Makkah demi keselesaan jemaah.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang menarik balik pengurangan kuota haji kepada negara luar,” katanya kepada media, hari ini.

Sebelum ini, Arab Saudi mengenakan pengurangan 20 peratus kuota untuk jemaah dari luar negara dan 50 peratus bagi rakyat tempatan.

Jamil Khir berkata, kerajaan akan meneruskan subsidi haji tahun ini walaupun berlaku kenaikan kos.

Katanya, kerajaan menanggung subsidi RM9,500 bagi kos haji ketika ini iaitu RM9,980. – WD MY