PUTRAJAYA, 21 Dis – Malaysia menyasarkan kedudukan Tahap dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Manusia menjelang tahun 2020.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia berada pada Tahap Dua dalam senarai pemerhatian selepas kedudukan daripada Tahap 3 pada tahun 2014.

“Malaysia telah menterjemahkan beberapa tindakan setelah dinaikkan daripada Tahap Tiga kepada Tahap Dua di mana pada tahun depan pada bulan Mac akan ada satu lagi penilaian yang akan dilakukan oleh JNAS.

“Menjelang tahun 2020 kita berhasrat untuk mendapat Tahap Satu berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Amerika Syarikat,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, di sini hari ini.

Hadir sama ke mesyuarat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Nancy Shukri serta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Duta Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Yun.

Ahmad Zahid berkata Yun turut terlibat dalam mesyuarat itu bagi membincangkan langkah penambahbaikan serta tindakan susulan yang boleh diambil bagi memperbaiki prestasi Malaysia, antaranya melalui penyediaan peluang pekerjaan kepada mangsa pemerdagangan orang.

Ketika ini, katanya terdapat 2,217 mangsa pemerdagangan orang yang diberikan perlindungan oleh Malaysia dan layak diberi peluang pekerjaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia komited untuk membantu mangsa-mangsa pemerdagangan orang dengan mempertingkatkan aspek perlindungan selain membantu mereka memulakan kehidupan baharu. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY