Malaysia Sedia Bantu Bangunkan Madinah Sebagai Pusat Ketamadunan Islam Baru – TPM

0
545
MADINAH, 15 Okt -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) melawat Muzium Dar Al-Madinah pada lawatan rasmi ke Arab Saudi pada Sabtu.
MADINAH, 15 Okt – Sedia Bantu Bangunkan Madinah…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen Malaysia untuk turut membangunkan Madinah sebagai pusat ketamadunan Islam baharu.
Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan ke Tanah Suci berkenaan berkata Malaysia akan menghantar tenaga profesional dan ahli akademik untuk berkongsi kepakaran serta ilmu, selain belajar daripada tenaga pakar asing di Institut Kepemimpinan dan Keusahawanan Madinah (MILE).
“Saya sudah memberi persetujuan lisan bahawa Malaysia akan menghantar ahli akademik dan profesional ke MILE untuk belajar dan berkongsi kepakaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas melawat Bandar Pengetahuan Ekonomi Madinah (MKEC) di sini, hari ini. – WD MY