TOKYO, 16 Nov – Landasan Betul…… Kerajaan Malaysia dan Singapura berada di landasan betul bagi menandatangani perjanjian projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur Singapura awal bulan depan.
Perkara berkenaan disampaikan Datuk Seri Najib Razak hari ini yang bertemu rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe.
Najib berkata, tender antarabangsa bagi membekalkan gerabak HSR mungkin dikeluarkan menjelang suku keempat tahun depan.
Terdahulu beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya, Shinzo Abe.
Pertemuan di kediaman rasmi Abe itu antara lain membabitkan perbincangan pelbagai isu, termasuk pembinaan kereta api laju, isu Laut China Selatan dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). – WD MY