SINGAPURA, 16 Jan – MUKTAMAD…… Kerajaan Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani perjanjian dua hala bagi memuktamadkan pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura Kelapan, dekat sini.

Perjanjian ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Bagi Infrastruktur merangkap Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong. – WD MY