KUALA LUMPUR, 24 Okt – MANFAAT….. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat.

Najib berkata antara hasilnya ​​​​​​ telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan dengan kemiskinan tegar di negara ini jatuh daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 0.4 peratus tahun lepas.

Di Sabah sahaja, kadar itu berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada hanya 2.9 peratus tahun lepas, katanya.

Dalam catatan dalam blognya menjelang pembentangan Bajet 2018, Najib berkongsi pengalaman pahit-maung yang dihadapi pentadbirannya dalam menangani cabaran ekonomi Malaysia sejak mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Antaranya eksport menurun 20 peratus, ekonomi mengucup 6.2 peratus, gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, kadar kemiskinan tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol yang kerap, pengangkutan awam yang teruk dan kapitalisme kroni yang berleluasa. – WD MY