KOTA BHARU, 23 Jan – Berkurangan……. Kesemua mangsa banjir di Kelantan berkurangan
kepada 8,392 orang setakat 8 pagi ini berbanding 10,402 orang 9 malam tadi.
 Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir,
sebanyak 49 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir terbabit
daripada lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok dan Kuala
Krai.
Seramai 3,725 orang daripada 1,033 keluarga ditempatkan di 17 pusat
pemindahan di Kota Bharu, 2,546 orang (696 keluarga) di 10 pusat pemindahan di
Pasir Puteh dan 1,547 orang (555 keluarga) ditempatkan di 19 pusat pemindahan di
Pasir Mas.
Seramai 522 orang (141 keluarga) ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di
Bachok dan 52 orang (14 keluarga) ditempatkan di dua pusat pemindahan di Kuala
Krai.
Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau
Panjang turun kepada 9.97 meter berbanding 10.05m pada pukul 8 malam tadi, yang
melepasi paras bahaya iaitu 9.00m. – WD MY