PUTATAN, MAC 13 – MANIFESTO….Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan baru-baru ini lebih bersifat populis dan hanya berunsurkan mempengaruhi rakyat.

Yahya berkata, manifesto tersebut mempamerkan perkara yang tidak masuk akal dan tidak dapat praktikkan.

“Sebagai contoh, mereka mahu hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ini satu cubaan yang mengelirukan rakyat… di mana kita mahu dapat pendapatan besar untuk membantu kita mentadbir negara? Kutipan GST ini kita pulangkan kepada rakyat juga.

“Banyak janji mereka itu dalam manifesto berorentasikan populis, cuma buat orang suka (dengar) tetapi tidak dapat dilaksanakan. Ibarat menjanjikan madu tetapi beracun… Saya fikir, rakyat tidak semudah itu dikelirukan. Rakyat Malaysia rakyat yang bijak, masing-masing ada pengetahuan untuk mengetahui sama ada sesuatu perkara itu logik atau tidak,” katanya.-MY WD