PETRA JAYA, 7 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menampilkan manifesto Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang ringkas dan padat bagi memudahkan rakyat memahami mesej yang hendak disampaikan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau sudah mengarahkan petugas yang sedang menyiapkan manifesto itu supaya meletakkan lebih banyak gambar, berbanding mesej bertulis yang panjang berjela.

“Saya sedar, orang kita malas membaca, jadi tidak perlulah kita menggunakan terlalu banyak perkataan untuk manifesto kali ini, sebaliknya kita lebihkan gambar, terutama gambar saya,” katanya sambil ketawa.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran e-paper dua akhbar tempatan berbahasa Cina dan Inggeris di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, sebentar tadi.

Adenan berkata, ketika ini pihaknya sedang berusaha menyiapkan manifesto untuk pilihan raya pertama yang akan diterajuinya selaku Pengerusi BN negeri, dengan beberapa perubahan dilakukan sesuai dengan keperluan semasa. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY