MANILA, 4 Sept – Gegaran…..Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud melanda Mindanao di selatan Filipina hari ini, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu melanda pada kedalaman cetek 10 kilometer, kira-kira 12 kilometer ke barat laut bandar Hinatuan, kata USGS.

Setakat ini tiada sebarang laporan membabitkan kecederaan, kerosakan mahupun amaran tsunami dikeluarkan. – WD MY

LEAVE A REPLY