KUALA LUMPUR, 8 Mac – TANDING…….. Maria Chin, yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mewakili parti pembangkang menunjukkan beliau mengakui pilihan raya yang akan diadakan di Malaysia adalah adil dan bersih.

Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata sebelum ini BERSIH beberapa kali mengadakan demonstrasi kononnya mahukan pilihan raya yang bersih di negara ini.

“Namun, hari ini sudah terbukti bahawa mereka adalah kuda tunggangan yang dicipta oleh pembangkang bagi memporak-perandakan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Razlan berkata, beliau tidak faham kenapa Kerajaan atau pejabat Peguam Negara tidak mendakwa kumpulan itu.

“Rakyat berhak mendapat pembelaan daripada tindakan dan hasutan BERSIH ini. Rakyat yang sudah ditipu selama ini harus bangkit untuk menolak gerakan mereka ini,” katanya. – WD MY