MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN

MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN

487
0

KUALA LUMPUR, JUALI 2: LEPASKAN….Pergerakan Wanita UMNO mencabar wa­kil rakyat Barisan Nasional (BN) yang telah hilang kepercayaan kepada parti itu untuk melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

Ketuanya, Datuk Dr. Norani Ahmad berkata, ini kerana kepercayaan rakyat mesti dihormati dan mereka mesti diberi hak untuk memilih wakil rakyat mewakili parti yang mereka percayai.

“Jika ada masalah atau isu dengan kepimpinan dan perjalanan UMNO, perkara ini patut dibincangkan bersama dengan baik di dalam UMNO hingga ke peringkat tertinggi, jangan gunakan ketidakpuasan hati ini untuk keluar parti dengan alasan hilang kepercayaan,” kata­nya dalam kenya­taan di sini hari ini.

“Mas Ermieyati juga dengan mudah melupakan kerja kuat seluruh jentera Jalinan Rakyat dan BN yang bertungkus lumus semasa kempen PRU-14 sehingga beliau berjaya menang kerusi Parlimen Masjid Ta­nah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Wa­nita UMNO juga akan berbincang de­ngan pasukan un­dang-undang UMNO untuk melihat cara bagaimana untuk menangani perkara ini supaya ia dapat dielakkan dari ber­ulang kembali.

“Pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang memilih BN oleh ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau pun keluar menjadi Bebas perlu dihentikan.

Tambahnya, kepercayaan rak­yat tidak boleh dijadikan alat untuk seseorang individu melunaskan kehendak politik peribadi.-MY WD