KUALA LUMPUR, 21 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan hanya mewakili aspek perdagangan semata-mata, malah ia menggambarkan masa depan yang lebih cerah kepada ekonomi global.

“TPP bukan perjanjian perdagangan semata-mata. Ia adalah medan persaingan yang sama rata untuk semua dalam pasaran yang disatukan,” kata Obama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Sidang Perniagaan dan Pelaburan ASEAN di Hotel Shangri-La sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur hari ini.

Obama tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menyertai 10 ketua-ketua negara anggota ASEAN dalam sidang kemuncak hujung minggu ini.

Turut menyertai persidangan itu adalah wakil dari lapan negara lain termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. -Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY