KUALA LUMPUR, 17 Mei – Masih Diteliti…..Cadangan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk menaikkan caj perkhidmatan penumpang (PSC) masih lagi dalam pertimbangan Kementerian Pengangkutan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata ia masih dalam kajian bagi memastikan kadar dicadangkan itu tidak membebankan rakyat serta memberi impak negatif terhadap syarikat penerbangan khususnya dalam negara.

Beliau berkata, semakan terhadap PSC diletakkan di bawah kawal selia Suruhanjaya Penerbangan Awam untuk tindakan lanjut.

“Setiap perubahan terhadap PSC dilaksana berdasarkan peruntukan terkandung dalam Perjanjian Operasi yang ditandatangani pada 12 Februari 2009 antara kerajaan dan MAHB.

“Peruntukan itu membolehkan menyemak semula kadar caj perkhidmatan penumpang dalam tempoh lima tahun dan semakan terakhir adalah pada tahun 2011,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY