BAGAN DATUK, 18 Jan – Jaminan…… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam pembangunan baharu pelbagai aspek termasuk pendidikan di Bagan Datuk.
Timbalan Perdana Menteri berkata seperti sebelum ini, masyarakat India akan dilibatkan dalam program pembangunan yang dapat memakmurkan lagi Bagan Datuk, iaitu daerah
pentadbiran baharu ke-12 Perak.

“Sebelum ini, kepimpinan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pemimpin
politik, pertubuhan bukan kerajaan, warga pendidik dan masyarakat India telah
membangunkan kawasan kita ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program
‘Ponggu Tamil’ di Hutan Melintang dekat sini, malam tadi.

Walaupun hujan, kira-kira 3,000 orang menghadiri program itu yang
menampilkan campuran sosiobudaya bersempena degan Pesta Ponggal Sedunia.
Ahmad Zahid yang juga  Anggota Parlimen Bagan Datuk berharap penduduk daerah
itu juga dapat terus hidup dalam keadaan penuh harmoni dengan mengetepikan
sebarang perbezaan pendapat demi mencapai kemajuan bersama.

Mengenai sambutan itu, beliau berharap masyarakat India dapat menterjemahkan
semangat Ponggal dalam membawa pembangunan ke Bagan Datuk selain membantu
program transformasi kerajaan.

“Masyarakat India di sini telah membuktikan bahawa anak jati Bagan
Datuk boleh maju bersama-sama dengan kaum lain,” katanya.
Ponggal adalah festival yang disambut sebagai tanda berterima kasih kepada
eleman alam yang menjayakan musim menuai.- WD MY