MASYARAKAT TIONGHUA DINASIHATI BIJAK DALAM MEMILIH KERAJAAN

MASYARAKAT TIONGHUA DINASIHATI BIJAK DALAM MEMILIH KERAJAAN

439
0

JOHOR BAHRU 16 FEB. – Masyarakat Tionghoa di negeri ini dinasihati memilih kerajaan dengan bijak dengan terus memberi sokongan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) sama ada dalam keadaan susah mahupun senang.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sokongan kaum itu penting dalam memastikan komitmen kerajaan negeri melaksanakan Dekad Baharu Johor.

Beliau turut memberitahu, perpaduan di negeri ini tercapai melalui hubungan perpaduan antara kaum yang kuat iaitu nenerusi konsep Muafakat Bangsa Johor. Malah, merupakan antara elemen utama dalam pembangunan negeri ini bagi menjadi sebuah negeri termaju pada masa depan.

“Tahun ini merupakan tahun anjing dalam kalendar masyarakat Tionghua dan kualiti utamanya termasuk bijak dan setia.

“Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan agar memilih kerajaan dengan bijak dan tidak mudah terpedaya dengan tohmahan segelintir pihak,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Tionghua Johor Bahru, hari ini.

Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Persekutuan Tionghua Johor Bahru pada majlis tersebut.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan kita juga sedia memberi bantuan termasuk masyarakat Tionghoa.

“Justeru, saya ingin menyeru masyarakat Tionghoa sebagai ‘Team Johor’ di negeri ini yang mempunyai azam yang kuat dan bersama-sama memastikan Gagasan Johor Berkemajuan dapat dilaksanakan agar Johor menjadi sebuah negeri yang terbaik di Malaysia untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya. – MY WD