MASZLEE MASUK POLITIK UNTUK LIHAT NAJIB JATUH

MASZLEE MASUK POLITIK UNTUK LIHAT NAJIB JATUH

95
0

GOMBAK, OKTOBER 4: JATUHKAN NAJIB….Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengakui objektif utama pembabitan beliau dalam dunia politik adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dia pada mulanya tidak mahu menjadi ahli politik namun memilih untuk berbuat demikian untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

“Pada awal pembabitan saya dalam politik, satu-satunya cita-cita saya adalah untuk menjatuhkan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan salah seorang peserta yang juga pensyarah antarabangsa yang mahu melihat Maszlee menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.-MY WD