MAT SABU TIDAK TAHU KEPERLUAN ASET PERTAHANAN

MAT SABU TIDAK TAHU KEPERLUAN ASET PERTAHANAN

795
0

KUALA LUMPUR, OGOS 29: ASET PERTAHANAN…Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akan menyerahkan kepada kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku pengguna untuk menentukan aset-aset yang perlu dibeli kerana beliau tiada pengetahuan tentang keperluan pertahanan negara.

Mohamad berkata, beliau sebaliknya akan menumpukan terhadap polisi kementerian dan peningkatan prestasi tadbir urus perolehan serta pengurusan kewangan supaya tidak lagi berlaku sebarang ketirisan

“Kalau orang tanya saya berkenaan keperluan aset pertahanan untuk 10 tahun akan datang, saya akan panggil sama ada pihak tentera udara, darat atau laut untuk tanya apa yang diperlukan.

“Sebab saya tidak tahu. Bila tidak tahu jangan kita berlagak tahu. Biar mereka yang arif tentukan mengenai keperluan aset, saya akan tumpu soal polisi dan tadbir urus,”¬†katanya dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018 di sini, semalam.