ALOR GAJAH, 9 Ogos – Anggota UMNO perlu mengamalkan politik
matang bagi memastikan parti itu mampu menempuh cabaran masa kini, kata
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu berkata politik matang antara lain
menerapkan nilai kesepakatan antara anggota parti dan bersama menyokong pucuk
pimpinan bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.

“Mereka yang menerajui parti di peringkat cawangan dan bahagian saya percaya
telah begitu matang untuk tempuh krisis.

“Saya yakin kita akan melepasi rintangan ini dan dengan sokongan kepada
presiden (UMNO) kita akan terus dalam kedudukan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian
Masjid Tanah di sini dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil
Yaakob; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta 5,000
hadirin. -Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY