ALOR SETAR, 4 Mac – Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati
dengan beberapa kesan tikaman pada badan selepas diserang oleh sekumpulan lelaki
di Taman Anggerik di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Ang Keng Eng dari Kuala Kedah, maut di tempat kejadian dengan beberapa
kesan tikaman pada badan kira-kira pukul 1.35 pagi menurut Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya.

Maklumat awal mendapati mangsa diserang oleh sekumpulan lelaki di
hadapan sebuah kedai runcit berdekatan tempat kejadian, katanya, dan pihak polis akan
mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran untuk
membantu siasatan.

“Di tempat kejadian kami temui satu objek tajam dipercayai digunakan untuk
menikam mangsa. Kami juga sedang mengesan sebuah kereta digunakan sekumpulan
lelaki yang melarikan diri berdasarkan nombor pendaftaran yang diberikan saksi
kejadian,” katanya ketika ditemui di sini.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY