SUNGAI BULOH, 17 April – Banduan Mati Akibat Pergaduhan…… Seorang banduan di Penjara Sungai Buloh di sini, maut selepas ditikam banduan lain dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan banduan di penjara itu, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditikam pada belakang badan dengan senjata tajam.

“Hasil siasatan awal, kita percaya mangsa ditikam oleh dua banduan lain yang terbabit dalam pergaduhan itu.

“Mangsa dipenjarakan kerana terbabit dalam satu kes penculikan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti semua banduan yang terbabit dan punca sebenar pergaduhan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY