IPOH, 4 Feb – MATI LEMAS……. Lelaki lemas ketika menjala ikan di sebuah kawasan lombong di Kuala Kampar dekat Kampar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 10.10 pagi tadi.

Beliau berkata mayat Mohamad Syah Amir Shahimi, 23, yang beralamat di Lawin, Gerik dan bekerja sendiri, ditemukan pada 11.30 pagi oleh pasukan bomba.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi dan mangsa ditemukan kira-kira dua meter dari tempat dia dipercayai lemas. – WD MY