SYDNEY, 28 APRIL – REMPUH…. Polis Australia sedang berusaha mencari mayat seorang paraglider yang maut apabila merempuh tebing di selatan Sydney .

Polis dalam satu kenyataan semalam berkata, mereka dipanggil ke kawasan terkenal dengan aktiviti paragliding itu susulan laporan mengenai seorang paraglider yang merempuh tebing sebelum jatuh terhempas,

Mangsa yang masih belum disahkan identitinya melanggar tebing itu dan terjatuh hampir 200 meter ke permukaan berbatu.

Menurut polis, usaha mencari mayat mangsa menemui kesukaran akibat lereng yang curam dan kekurangan cahaya, menyebabkan ia terpaksa disambung pagi ini.

Nahas itu berlaku di Bald Hill yang menawarkan pemandangan indah Pasifik Selatan.

Laporan media tempatan menyebut, mangsa dipercayai berusia lingkungan 50an itu mungkin ditiup angin menghampiri kawasan tebing sebaik berlepas. – WD MY