BAGHDAD, 11 SEPT – MATI….. Sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam rempuhan ketika upacara puak Syiah sempena Hari Ashura di Karbala hari ini, kata jurucakap Kementerian Kesihatan.

Jurucakap kementerian, Saif al-Badr, berkata angka kematian mungkin bertambah kerana 100 cedera termasuk 10 dalam keadaan kritikal.

Ashura menandakan hari cucu Nabi Muhammad, Hussein, terbunuh dalam pertempuran pada tahun 680.

Penganut fahaman Syiah dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Karbala, lokasi peperangan berkenaan. – WD MY