VIENNA, 19 Feb – RUNTUHAN…. Lelaki dan anak perempuannya yang berusia 11 tahun maut selepas tertimbus salji runtuh ketika melalui satu jalan yang ditutup di banjaran Alps Perancis hari ini.

Kejadian berlaku di kawasan Val d’Isere pada ketinggian 3000 meter, kata jurucakap pusat pelancongan ski itu, Cecile Ferrando, kepada BFMTV.

Kedua-dua mangsa adalah sebahagian daripada sebuah kumpulan yang besar, tambahnya. – WD MY