KUALA LUMPUR, 19 Nov – Maxis Bhd hari ini merancang untuk meningkatkan
perkhidmatan 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) di seluruh negara sebelum akhir tahun
depan.

“Permintaan untuk pengalaman Internet yang berkualiti meningkat daripada
perniagaan dan pelanggan individu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten
Lundal.

Morten ditemui media selepas cabaran 24 jam 4G Maxis hari ini.

Pada masa ini, terdapat 2.2 juta orang menikmati melayari Internet dengan tahap 4G Maxis yang berprestasi tinggi, sama dengan Eropah.

“Kami turut melabur lebih RM1 bilion ke atas rangkaian kami pada tahun ini.
Ia lebih berbanding orang lain kerana kami mahu memastikan rakyat Malaysia
mengalami pengalaman Internet yang mereka mempunyai hak untuk memperolehnya,”
kata Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard.

Ketika ini, kira-kira 144 buah bandar di seluruh negara diliputi oleh
rangkaian 4G LTE Maxis.

Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, memulakan 4G LTE pada
awal tahun 2013.

Bagi meletakkan rangkaian 4G pada ujian tekanan, Maxis menganjurkan cabaran
24 jam 4G Maxis hari ini, dengan 2,400 pekerja melakukan perjalanan di seluruh
negara untuk melaksanakan 24,000 interaksi secara keseluruhan dan menguji
rangkaian 4G Maxis.- Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY