SAMARAHAN, 8 April – Ditemui… Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata di sini semalam, dijumpai pasukan mencari dan penyelamat pada 8.55 pagi ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Crlieyseha Abdul Rahim
yang berusia dua tahun enam bulan dijumpai pasukan penyelamat kira-kira 10
meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.

Terdapat kesan gigitan di bahagian belakang dan bahu kanak-kanak
berkenaan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof,
26, diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, kawasan sebuah ladang kelapa
sawit berhampiran rumah mereka.

Abdul Rahim mengalami kecederaan iaitu patah tangan sewaktu cuba
menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya dan beliau diselamatkan penduduk
kampung dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia dan penduduk kampung itu digerakkan semalam sebaik menerima
laporan kejadian tersebut dan ia dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung
semula pagi ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY