KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perolehan Meningkat…..Perolehan Maybank meningkat 8.7% ke RM10.74bilion pada separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016.

Prestasi memberangsangkan itu dipacu pertumbuhan dari segi pinjaman, deposit serta manfaat hasil francais runcit yang mantap di pasaran utama.

Namun, untung sebelum cukai pula susut 20% ke RM3.52bilion berbanding RM4.39bilion tempoh sama tahun lalu.

Penyusutan berikutan peruntukan nilai pinjaman merosot. – WD MY

LEAVE A REPLY