?KUALA LUMPUR, 15 Jan – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) tampil menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya menarik balik ?novel berjudul Pantai Kasih bagi komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat.

Menurut Halim Ishak selaku pengerusi NGO berkenaan, beliau juga berpendapat bahawa penggunaan novel berkenaan sebagai kandungan bagi pelajaran kepada pelajar sekolah tidak bersesuai.

” Saya yang juga aktif dalam beberapa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah di Selangor dan Melaka mendapati rata-rata semua Ibu bapa terkejut serta tidak berpuas hati,” kata Halim ketika dihubungi media hari ini.
?
Novel berkenaan tidak sesuai untuk dibaca oleh pelajar kerana mempunyai unsur-unsur lucah.?

Halim juga mempersoalkan bagaimana novel berkenaan tidak disemak oleh pihak kementerian isi kandungannya sebelum diguna sebagai salah satu novel bagi pelajar di tingkatan empat sekolah menengah.?

“?Setelah membaca antara kandungan dalam teks novel ini yang dijadikan buku sastera pelajar adalah tidak bersesuaian,” katanya.
?
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, jawatankuasa terbabit itu akan membuat siasatan terperinci daripada pelbagai aspek.

“Saya akan arahkan pegawai meneliti perkara ini berdasarkan beberapa aspek termasuk tema, unsur bahasa dan jalan cerita.

“Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk meneliti dakwaan ini dan saya akan respons semula dalam tempoh terdekat,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)?

LEAVE A REPLY