KUALA LUMPUR, 9 Nov – MCCF (Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia) menyokong saranan APBM (Ahli Parlimen Belia Malaysia) agar pihak berkuasa membuat satu garis panduan kepada pengedar, penjual dan pengguna Vape.

Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna-penguna Vape daripada di tipu dengan mengambil “flavor” yang di cemari nikotin yang tak terkawal, unsur dadah dan campuran arak.

Menurut Halim Ishak, Pengerusi MCCF? berkata MCCF berpendapat dengan mengharamkan Vape adalah satu langkah yang kurang bijak kerana fenomena Vaporian ini telah melanda negara Barat, Eropah dan Asia dengan peningkatan penggunanya.

Vape juga dikatakan boleh menggurangkan ketagihan perokok tegar dari terus menghisap rokok yang mengandungi nikotin dan tar, kata MCCF dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan melalui KKM perlu memperuntukan satu akta yang lebih terkawal dan selamat tentang penggunaan nikotin dalam cecair berperisa yang di gunakan oleh Vaporian di Malaysia. Malah mengariskan satu tahap piawaian kepada pengusaha cecair berperisa @ liquid flavor dengan menitik beratkan kadar nikotin yang di luluskan serta sijil kelayakan akedamik bagi pengeluar “flavor” tersebut.

Selaku Pengerusi, Halim Ishak dan MCCF menyarankan kepada semua pelajar-pelajar sekolah dan remaja perempuan yang tidak pernah merokok agar jangan menghisap Vape.

Begitu juga pihak pengusaha dan penjual Vape perlu mengambil serius dalam perkara ini dwngan tidak menjual kepada remaja di bawah umur. Oleh itu satu garis panduan yang terperinci perlu di adakan oleh pihak berwajib dengan kadar segera. katanya dalam kenyataan tersebut. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY