MCCF Tolak Demostrasi Perkauman

0
743

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Malaysia Community Care Foundation mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ali Tinju kerana mengambil keputusan untuk membatalkan demo tersebut bagi menghormati hari lahir Yang di Pertua Negeri Melaka.

“Motif utama MCCF menitikberatkan keamanan dan keharmonian negara. Demostrasi yang berbaur perkauman akan menjejaskan persahabatan berbilang kaum di Malaysia” kata Pengerusi MCCF, Tuan Halim Ishak.

MCCF Tidak Menyokong Demo Perkauman Sama Sekali. – Veteran Tentera, Mohd Ali Baharom yang dikenali sebagai Ali Tinju telah membatalkan rancangannya untuk berdemo pada sabtu yang akan datang ini.

“Kita tidak sepatutnya lupa hubungan yang begitu erat di antara kaum Melayu dan Cina Baba Nyonya dari dulu. Persahabatan itu harus dieratkan lagi bukan ditindas.”

“Kami menegaskan kepada semua pihak yang ingin mengadakan demo supaya bertukar pendapat tersebut kerana MCCF tidak menyokong demostrasi terutamanya demostrasi perkauman sama sekali. Kami mementingkan keamanan negara dan kami percaya setiap masalah boleh selesai dalam perundingan daripada demostrasi”, ujar Tuan Halim Ishak.

MCCF menyeru kepada setiap individu mengelakkan melakukan tindakan yang boleh menganggu dan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.

Walaupun berpegang kepada amalan demokrasi, tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan masyarakat lain.

Beliau juga mengulas bahawa Islam melarang tindakan yang mencetuskan kekacauan seperti maksud firman Allah SWT, “Dan berjaga-jaga diri kamu daripada melakukan malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim diantara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu secara keseluruhanya. Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab Seksa-Nya.” (al-Anfal, ayat 25).

Halim Hj Ishak – Pengerusi YAYASAN KEPRIHATINAN
KOMUNITI MALAYSIA.?