KLANG, 21 Mei  – RAIKAN…. Lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan di Selangor diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia, Persatuan KebajikanRonald McDonald (RMHC), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS)dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, Selangor.

Majlis berbuka puasa yang diadakan ini merupakan inisiatif tahunan McDonald’s danpenganjurannya dengan kerjasama MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE pada tahun ini menjadikannya sebagai majlis berbuka puasadengan jemputan paling ramai pernah diadakanoleh McDonald’s Malaysia. Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari RMHC manakala kanak-kanak menerima RM20 setiap seorang menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 yang disampaikan pada majlis ini. (Sila rujuk Lampiran untuk senarai rumah kebajikan)

Setiausaha MAIS YBhg Dato’ Bakhtiar bin Hussin dan juga Pengarah Urusan dan Rakan KongsiTempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafarmerupakan antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis ini.

Dato’ Bakhtiar dalam ucapannya berkata, MAIS berasa amat sukacita dapat bersama-samaMcDonald’s, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE dalam usaha sebegini yang memfokuskan kepada membawa kegembiraan kepada anak-anak yatimdan asnaf di bulan Ramadan yang mulia.

Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia, seperti majlis ini, seiring dengan matlamat MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.

“Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezeki yang melimpah-ruah bukan saja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan lain,” katanya.

Azmir pula berkata bahawa McDonald’s berasa bangga dapat turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti ini, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Kami amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 12 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap hari ini merupakan hari yang bermakna buat mereka. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), LembagaZakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) atas sokongan mereka dalam menjayakanmajlis pada hari ini,” kata Azmir.

Untuk makluman semua, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) adalah pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Lebih penting lagi, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar,” tambah Azmir.  

Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untukmembayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Malah pada tahun lepas, GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1 juta.”

Selain meraikan anak-anak yatim dan menjamu mereka dengan pelbagai hidangan tempatan untuk berbuka puasa, McDonald’s turut mengumumkan mengenai Nasi McD iaitu menu baharu yang diperkenalkan sempena bulan Ramadan.

Dilancarkan pada 10 Mei lalu, menu Nasi McDditawarkan khusus sepanjang bulan Ramadhan untuk pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menggemari hidangan nasi untuk berbuka puasa. Nasi McD merupakan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa dan juga pilihan sama ada telur rebus, ayam Goreng McD, atau kedua-duanya sekalisebagai hidangan tambahan.

Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah minuman Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa.

McDonald’s Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadhan, antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya, tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi dan juga agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen-stesen LRT terpilih.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonald’s di Malaysia. Sejak tahun 2016 sehingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Di samping itu, inisiatif kemasyarakatan jangka panjang – Anugerah Guru Inspirasi telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang pengajar dan memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti. Manakala, ‘Bulan Komuniti’pula adalah satu inisiatif di bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak. – WD MY