SABAK BERNAM, 5 Jan – Dakwaan…… Pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuat laporan polis ke atas pemilik Sekin Fisherman Village Hotel and Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas melanggar arahan sita yang dikeluarkan terhadapnya.

Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria berkata, laporan itu dibuat pada 27 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

“Sepatutnya semalam tarikh akhir pemilik premis memohon lesen bagi perniagaannya, namun berikutan tindakan pemilik premis melanggar arahan notis itu, kami terpaksa membuat satu laporan polis.

“Laporan itu dibuat berikutan tindakan pemilik berkenaan melanggar arahan dalam notis sita dan tindakannya dianggap menghalang tugas penjawat awam dan merosakkan (menanggalkan) notis sita.

“Perkara ini sudah menjadi kes polis. Jadi biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya. – WD MY