SEREMBAN, 11 Ogos – Ditahan….. Ketua Unit di Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD) kem di Seremban, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit penyelewengan tuntutan palsu berjumlah RM457,433, tahun lalu.

Pegawai berpangkat Mejar berusia 35 tahun terbabit ditahan selepas hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini, pada 2.47 petang semalam

Suspek yang berpangkat mejar, dipercayai bersubahat dengan seorang bekas anggota berpangkat koperal, untuk membuat tuntutan kononnya bagi pihak 200 anggota di bawah seliaannya.

Mejar terbabit direman tujuh hari bermula hari ini, manakala bekas anggotanya yang berusia 40-an turut direman tujuh hari, bermula semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM Negeri Sembilan, masing-masing semalam dan kelmarin.

“Siasatan mendapati, koperal bersara itu berperanan sebagai penyedia dokumen tuntutan palsu elaun perjalanan dari rumah ke tempat kerja bagi kira-kira 200 anggota yang sebenarnya tidak berada di kem kerana terbabit dalam operasi.

“Suspek yang berpangkat Mejar itu pula kemudian memperakui tuntutan terbabit yang dibuat dengan cek tunai menggunakan namanya sendiri. Tuntutan itu dibuat tanpa pengetahuan semua anggota di unit berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Ramli Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu – WD MY