KUALA LUMPUR, 25 Sept – Semarakkan….. Syarikat rakaman yang tidak asing lagi Melody United mengadakan konsert mini sempena minggu perlumbaan Formula 1 (F1) di Sepang pada minggu depan.

Melody United menampilkan artis rakaman syarikat berkenaan iaitu Kris Patt dan artis jemputan Zul Fazli di iringi oleh kumpulan Elctric 5.

Menurut Marcus Francis, ia merupakan salah satu cara meraikan semangat Asean melalui komuniti muzi?k.

Kris Patt yang berasal dari Davao, Filipina merupakan anak emas kepada Melody United serta dengan lagu single berjudul “Berhenti Menantimu”.
?
?” Kelebihan Kris adalah dapat mendendangkan lagu dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog” kata Marcus di sidang media hari ini di sini.

Konsert berkenaan mendapat sambutan yang baik hingga 200 orang jemputan hadir menyaksikan.? – WD MY

LEAVE A REPLY